Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hi semua..hihi
okayy sebenarnya hari ni saya nak share sedikit apa yang saya tahu pasal makanan sunnah atau makanan yang dimakan oleh Rasulullah. Makanan sunnah ni juga mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita, malah untuk kecerdasan otak kita.
1. Barli
Khasiat :
- Dapat menyejukkan badan, baik untuk demam
- membantu merendahkan kolestrol
- membantu sistem penghadaman
- menstabilkan kandungan gula dalam darah
2. Kurma
" Sesiapa yang memakan 7 biji tamar , dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu " Sabda Rasulullah SAW
Khasiat :
- menguatkan daya ingatan
- penawar racun
- bagus untuk ibu mengandung
- memberi tenaga sepanjang berpuasa
Sabda Rasulullah SAW " Rumah yang tidak mempunyai kurma umpama rumah yang tidak mempunyai makanan "
3. Buah Tin
Khasiat :
- Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membunuh bakteria dalam badan
- Menguatkan pertumbuhan tulang dan sendi
- Membantu pembentukan hemoglobin dalam darah ( sesuai untuk pengidap anemia)
4. Anggur
Khasiat :
- melembabkan kulit
- melindungi dari kanser kulit
- kaya dengan vitamin dan mineral
- menguatkan buah pinggang dan membersihkan darah
5. Madu
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.
Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum
air sejuk dan dicampur madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Khasiat :
- menurunkan berat badan-
- menyembuhkan batuk
- menambah tenaga
- melembabkan kulit
6. Tembikai
Rasulullah SAW berkata "wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya."
Khasiat :
- membantu penghadaman
- kulit yang sihat
- mengurangkan sakit otot
- mencegah kanser
7. Susu
Khasiat :
- Sumber kalsium dan protein
- menguatkan gigi dan tulang
- mengurangkan stress
- mengurangkan sakit perut
8. Cendawan
Khasiat :
- Mengubati resdung
- Memecahkan darah beku dalam tubuh manusia
- Mengelak jangkitan virus yang kronik
- Mengelakkan pelbagai jenis kanser
9. Minyak Zaitun
Khasiat :
- Merawat kulit dan rambut yang kering
- Melambatkan penuaan
- Merawat radang perut
10. Delima
Khasiat :
- Merawat kulit berminyak dan jerawat
- Mengekalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan
Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Wallahualam.. Selamat mencuba dan mengamalkan pemakanan yang sihat ini. :D















syukran kerana bagi info yang sangat berguna..
ReplyDeletesama2 :D
ReplyDeletebagus..tq sbb sdi share...:)
ReplyDeletetrima kasih ats info ini ..
ReplyDelete