Friday, 11 December 2015

Makanan kegemaran Rasulullah yang menyihatkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hi semua..hihi  

okayy sebenarnya hari ni saya nak share sedikit apa yang saya tahu pasal makanan sunnah atau makanan yang dimakan oleh Rasulullah. Makanan sunnah ni juga mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita, malah untuk kecerdasan otak kita.




                                                     1. Barli



Khasiat :

- Dapat menyejukkan badan, baik untuk demam
- membantu merendahkan kolestrol
- membantu sistem penghadaman 
- menstabilkan kandungan gula dalam darah      


2. Kurma





" Sesiapa yang memakan 7 biji tamar , dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu " Sabda Rasulullah SAW

Khasiat :

- menguatkan daya ingatan
- penawar racun
- bagus untuk ibu mengandung
- memberi tenaga sepanjang berpuasa

Sabda Rasulullah SAW " Rumah yang tidak mempunyai kurma umpama rumah yang tidak mempunyai makanan " 


3. Buah Tin




Khasiat :

- Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membunuh bakteria dalam badan
- Menguatkan pertumbuhan tulang dan sendi
- Membantu pembentukan hemoglobin dalam darah ( sesuai untuk pengidap anemia)



4. Anggur



Khasiat :

- melembabkan kulit
- melindungi dari kanser kulit
- kaya dengan vitamin dan mineral 
- menguatkan buah pinggang dan membersihkan darah



5. Madu






Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan dicampur madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Khasiat :

- menurunkan berat badan-
- menyembuhkan batuk 
- menambah tenaga
- melembabkan kulit


 6. Tembikai



Rasulullah SAW berkata "wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya."



 Khasiat : 

- membantu penghadaman
- kulit yang sihat
- mengurangkan sakit otot
- mencegah kanser


7. Susu

 

 Khasiat :

- Sumber kalsium dan protein
- menguatkan gigi dan tulang
- mengurangkan stress
- mengurangkan sakit perut


8. Cendawan





Khasiat :

- Mengubati resdung 
- Memecahkan darah beku dalam tubuh manusia 
- Mengelak jangkitan virus yang kronik 
- Mengelakkan pelbagai jenis kanser


9. Minyak Zaitun



Khasiat :

- Merawat kulit dan rambut yang kering
- Melambatkan penuaan
- Merawat radang perut

10. Delima 

Khasiat :

- Merawat kulit berminyak dan jerawat
- Mengekalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan



Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.



Wallahualam.. Selamat mencuba dan mengamalkan pemakanan yang sihat ini. :D



4 comments: