Hari ni aq nak kongsi pasal Sunnah Rasulullah. Maklumlah dah nak dekat Maulidur Rasul. Kita kena timbulkan rasa cinta dkt Nabi kita. Dengan cara apa? hidupkan Sunnah Rasulullah..senang je kan? kita ikut cara dia..kan dapat pahala..kata cinta..kalau cinta mesti kita ingat dia selalu..rindu dia selalu dan ikut cara dia selalu..okayy cop..bukan time Maulidur Rasul je baru nk igt kat dia..baru nk selawat kat dia..kita kena igt dia tiap2 hari okayy..bkn setahun sekali je baru nk smbut dan baru nk igt..
Aq nk share Sunnah Rasulullah yg paling senang sekali..Ok disebabkan aq ni kuat tidur, so aq share psl Sunnah Rasulullah sebelum, ketika dan selepas tidur..hehe
Tidur dan bangun adalah perkara yg sgt penting kerana ia adalah pemula kpd kehidupan seharian. Seorang yg berusia 60 thn akn menghabiskan masa lebih kurang 20 thn utk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasulullah, maka tidurnya itu akn menjadi satu ibadat yg ikhlas. Tidur tidak perlu dipaksa atau terpaksa. Jadi Allah akan terima ibadat yg ikhlas itu dan ganjaran Allah utk sesiapa yg mengamalkan Sunnah Rasulullah adalah sngt besar.
Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi SAW yg berkata: "Barangsiapa yg berpegang pada sunnahku, ketika merata kerosakan pada umatku, maka baginya pahala seratus org yg mati syahid" (Riwayat Baihaqi
seorang mati syahid saja sudah dijanjikan syurga..Subhanallah..ini kan pula satu sunnah diberi pahala 100 org mati syahid..
Antara Sunnah Rasulullah SAW sebelum tidur adalah :
1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk
Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata:
"Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-mulk" (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)
2. Rasulullah SAW memberi peringatan agar membersih dan kibas tempat tidur kita.
3. Jangan tidur kaki menghadap Qiblat. Ini adalah kedudukan orang yg telah mati.
4. Membaca Tasbih Fatimah.
Barang siapa yg membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada malam itu maka dia akan dikira sebagai mati syahid
Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali , Alhamdulillah 33 kali , Allahuakbar 34 kali
5. Membaca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan menyapu keseluruh badan untuk menghindarkan drpd sihir dan niat jahat.
Sapu kedua-dua tapak tangan keseluruh bahagian tubuh yg dpt dicapai, dimulakan dgn kepala, muka, belakang dan dilakukan sebanyak 3 kali.
(Mafhum drpd Hadis yg direkodkan oleh Bukhari)
6. Niat untuk bangun Tahajjud.
Sabda Rasulullah : " sesiapa yg berniat akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.
7. Ambil wudhu sebelum tidur.
Sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat Ibnu Hibban :
"Baragsiapa yg tidur dalam keadaan suci, maka Malaikat pun berdoa : " Ya Allah berilah keampunan kpd hambamu kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci."
8. Membaca Surah Al-Kaafirun
Sabda Nabi Muhammad SAW:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah Surah Al-Kaafirun kerana ia adalah pelepasan dari syirik.
9. Membaca doa tidur.




syukran atas info yang diatas .
ReplyDeletesyukran atas info yang diatas .
ReplyDelete